Followers

Tuesday, October 25, 2011

Spagetti Chicken Bolognese

Selamat bercuti esok hari sempena sambutan Hari Deepavali..time2 nak cuti ni(mcm la keje kan..hehe)..tekak ni teringin la plak nk makan spagetti... aih minggu ni asik2 mkn ala2 mat salleh jek.. kira harini dah masuk 4 hari aku tk sentuh nasik...bagus jgk kan..leh diet...


Bahan-bahan :)

A. Hiasan atas(Bebola ayam dan kentang)

500 gm ayam kisar
1/2 teaspoon serbuk jintan manis
1/2 teaspoon serbuk ketumbar
1/2 teaspoon serbuk cili
2 genggam breadcrumbs
1 tablespoon daun oregano kering/fresh
garam
1 teaspoon serbuk blackpepper
2 biji kentang yang direbus.


B. Kuah

1 botol sos spagetti
Sebiji bawang holland (dipotong dadu)
Lada benggala (dipotong dadu)
Oregano
Grated parmesan

C. Angel Hair Spagetti (direbus)

Cara-cara Membuatnya:)

1. Sediakan bebola ayam: Campur semua bahan dalam bekas besar. Gaul sebati. Bentuk2 kan bebola sehingga habis. Dalam kuali, panaskan sedikit minyak olive oil dan goreng semua bebola sekaligus. Selepas tu goreng bersama kentang rebus yg telah dipotong dadu besar.
2. Sediakan sos tomato: Panaskan sedikit minyak dlm kuali/periuk. Goreng bawang besar dan masukkan tomato, oregano, lada benggala dan grated parmesan. Gaul sebati dan biarkan mendidih. Tutup api.
3. Tuangkan kuah ke atas spagetti dan hiaskan dengan bebola ayam dan kentang. Sedap dimakan panas-panas.Yummm....


Pesanan Penaja : Makan skit dan sekali je ye..tgh diet ;)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...