Followers

Wednesday, December 30, 2015

Hujung Tahun 2015 - Gembira, Sedih, Berdebar Bersilih Ganti

Hari ini 30/12/2015, tinggal 2 hari lagi untuk melangkah masuk ke tahun 2016. Apa yang telah dicapai pada tahun ini?. Tanya hati masing-masing. Tapi yang pastinya, tahun 2015 pasti meninggalkan kisah sedih dimana Abah yg ku sayangi telah pergi mengadap Ilahi untuk selama2nya pada 15/09/2015. Abah telah mengidap penyakit kanser paru-paru stage 4, dimana dapat tahu pun dah terlambat. Tapi kami sekeluarga cuba redha walaupun kesedihan masih tak dapt dibendung terutama sekali mak. Mak yang paling banyak berendam airmata mengingati abah. InShaAllah masa akan merubat kepedihan yang ada. Hidup harus diteruskan.

Memang dah lama aku tak update blog ni. Kesuntukan masa dan kekeringan idea menyebabkan blog ini semakin dilupakan. Tapi InShaAllah tahun baru yang bakal tiba ni akan membuatkan aku bersemangat semula untuk membelog. bila makin hampir ke tahun baru, semakin sedar aku ini semakin tua tapi jiwa muda tau..hehe. Cuba untuk pastikan yang terbaik walaupun kadang2 jatuh selepuk menghadapi dugaan Ilahi. Bangkit dan mula melangkah mengutip sisa2 hati yang terobek disepanjang perjalanan. Erm kedengaran mcm puitis sgtkan..hehe. Tapi itulah yang kurasai sekarang ini. Tapi percayalah jangan letakkan harapan kepada manusia kerana bila2 masa manusia akan mengecewakan kita tapi letakkanlah harapan kepada Allah S.W.T kerana janji2nya pasti tidak mneghampakan hambaNya. Percaya walaupun apa yang diminta itu lambat dan masih belum tercapai tp berserahlah kepadaNya kerana Dia Maha Pengasih lagi Maha Pengkabul.


Tuesday, December 22, 2015

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...