Followers

Thursday, December 18, 2008

Banana Choc Chip Muffin

Banana Choc Chip Muffin

Semalam aku berjalan-jalan ke blog Mat Gebu. Perghh bleh dikatakan setiap hari ada jek resepi baru... Gebu-gebu lak tu. Tabik springggg..hehe. Seminggu lagi adik ipar aku nak bertunang (20.12.08). So pakat ngan hubby nak buat muffin untuk sebelah pihak lelaki. Tapi disebabkan aku ni amature dlm bab-bab muffin ni so kenelah cuba dlu. Hehe.... Aritu balik kampung Melaka, abah bagi setandan pisang mas...apelagi kita wat muffin pisang ler yekkk....... Resepi spt dibawah

Bahan A :-

2 cawan tepung gandum* 1 camca besar baking powder*
1 camca teh soda bicarbonate*(*digaul rata dan ayak)
3/4 cawan chocolate chip


Bahan B :-


300 g pisang yang siap dilecek
113 g mentega, dicairkan
1/4 cawan susu segar
2 biji telur gred A
1/2 cawan gula perang (brown sugar)
1 camca teh esen vanilla

Cara membuatnya :-


Panaskan oven pada suhu 175C. Alas muffin mould dengan paper cup. Ketepikan. Satukan bahan2 A dalam satu bekas. Gaul rata. Ketepikan sebentar. Satukan semua bahan B dan kacau dengan wisk hingga semua sebati dan bergaul mesra. Tuang ke dalam adunan A dan gaul dengan pantas menggunakan senduk atau spatula. Sudukan 3/4 penuh adunan ke dalam peper cup tadi dan bakar 15 - 20 minit atau hingga masak. Begantung pada keadaan oven masing2. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dihidangkan.

Monday, December 8, 2008

Mix Fruit Muffin

Fruit Muffin

Bekalan tidak mencukupi!!..hehe.... Choc Chip Muffin abiss dimakan oleh anak2 sedara aku yg kiut miut tuu... Tkpe2 mak su kenelah buat lagi muffin tp kali ni aku buat muffin lain plak. Fruit Muffin spt biasa amik kt blog MG.... Thanks again Mat Gebu sbb tk lokek ilmu...hehe. Aku wat dua adunan sbb takut nanti tk cukup lagi & plus muffin cup tu besar. Tapi resepi kt bawah ini untuk satu adunan...tak menyesal wat muffin ni sbb rasanya mmg sedapp(tp byk guna butter laa)....tak sesuai untuk org yg berdiet ...aneway abah aku bg thumps up tuu... mmg peberet dia pun..

Bahan-bahannya :-


170 g mentega
150 g gula kastor
4 biji telur gred A
350 g tepung gandum*
20 g baking powder*(*digaul rata dan diayak)
1 camca teh esen vanilla
160 ml susu segar
50 g "Quaker Oat"*
120 g "mix fruit"*(*digaul rata)

Cara-caranya :-

  • Krimkan mentega bersama gula hingga putih, masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang. Jarak waktu untuk sebiji telur ialah 1 minit.
  • Perlahankan speed, masukkan tepung berselang seli dengan susu segar hingga habis. Tuang esen vanilla dan kacau rata.
  • Masukkan mix fruit dan quaker oat tadi. Gaul perlahan menggunakan spatula sehingga rata. Sudukan ke dalam muffin cup 3/4 penuh, buat hingga siap. Hias dengan sedikit mix fruit atasnya jika suka.
  • Bakar dalam oven pada suhu 180C selama 25 minit atau hingga masak. Bergantung pada saiz muffin cup dan juga keadaan oven masing. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidangkan.

Sunday, December 7, 2008

Chocolate Chip Muffin

Choc Chip Muffin


Tahun ni, giliran aku plak beraya Aidiladha di Melaka... Seronokkk tuuu...Macam2 plan nak wat utk raya ni...Dah kopipes resepi daripada MG...hehe....tergoda u tgk muffin2 dia...gebuu. So aku decide nak wat Chocolate Chip Muffin... Abis laku anak2 sedara aku kerjakan. Berbaloi wat kalo ada org mkn...seronottt. Resepi spt biasa di bawah

Bahan Disatukan Dan Diayak:-

250 g tepung gandum
2 camca teh baking powder
1/2 camca teh soda bicarbonate
2 camca besar serbuk koko

Bahan Disatukan Dan Kacau Rata:-


250 ml susu segar
90 ml minyak sayur/jagung
1 biji telur gred A
1 camca teh esen vanilla


Bahan Lain:-


175 g gula halus
150 g chocolate chips
50 g chocolate chips, utk hiasan


Dalam satu bekas, satukan bahan2 diayak bersama gula halus dan 150 g chocolate chips, gaul rata. Tuang bahan2 yang dikacau rata dan gaul hingga semua sebati dan mesra. Sudukan bancuhan muffin tadi ke dalam muffin cup 3/4 penuh dan hias dgn taburan coklat chips, buat hingga siap. Bakar dalam oven pada suhu 180Cm selama 18 - 20 minit. Sejukkan sebelum dihidangkan.

Sunday, November 16, 2008

Monday, October 27, 2008

Ikan Bakar la plakk....

Masa bekerja td terpikir la nk masak ape ptg ni... aku ni pengemar setia ikan bakar lagi2 dah kat Terengganu ni kan. Ikan-ikan fresh mmg byk kat sini. Teringat la plak smlm aku ader beli ikan 'barak'(bukan Barak Obama yek). Ikan ni first time aku dgr mmg pelik(masa stay di Terengganu ni lah), lg pelik bila tgk sendiri. Rupanyer mmg agak hodoh tp sedapppppp beb...hehe. Inilah hasil ikan yg telah aku bakar dgn perencah spesel. My hubby bagi thumps up u sampai menambah nasik 2 pinggan tuhh. *(Gambar kurang clear sbb guna kamera hanset, kamera bagi pinjam adik ipar...huhu).

Bahan-bahan:-D

  • Seekor ikan 'barak' (*kelar menjadi 2)

  • 2 batang serai

  • minyak masak

  • 4 sudu besar cili kisar

  • 2 cm halia - parut/tumbuk

  • 2 cm kunyit hidup - tumbuk

  • 2 cm lengkuas - tumbuk

  • limau

  • 8 ulas bawang merah - kisar

  • 3 ulas bawang putih - kisar

Cara Memasak:-D

Panaskan minyak dalam kuali dengan api sederhana. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga wangi. Masukkan cili kisar, serai, kunyit, halia dan lengkuas. Masak cili hingga naik minyak. Alaskan aluminium foil dan daun pisang(bertimpa), letakan ikan diatasnya. Tuang perencah yg telah dimasak ke atas ikan dan tutup ikan dengan kemas. Panaskan ketuhar dan bakar pada suhu 200C, selama 20 minit. Hidangkan panas bersama nasi hangat. Tambahkan perahan limau kasturi sebagai penambah selera.......perghhh sodap hinggo menjilat jari. Hehe.

Sunday, October 12, 2008

Majlis Hari Raya Official

yo


Hari Raya dtg lagi... jemputan rumah terbuka pun tk kurang byknyer... Hari ni opis tmpt aku bekerja dan berborak buat majlis Hari Raya. Ini adalah antara telatah2 kanak-kanak dan emak2 ribena beraya sambil bergaya sakan dgn baju raya memasing....wawawa..

Thursday, October 2, 2008

First of All........


Hi everyone...watchout the kemi'stry has come to rock ur world....hehe... Aku pun baru nk berjinak2 dgn blog ni. Dlu ader wat tp half way pastu ilang 'gone wif the wind'. Anyway this blog saje2 nk mengisi masa lapang aku semasa suka duka gembira , terlebih gembira ke....waaawaaaa... Hopefully sape2 yg surf blog aku ni dinasihatkan supaya berhati2 kerana berkemungkinan besar blog ni boleh membosankan atau mngembirakan atau ape2 sajelah...eh ape aku mengarut nih...hehe... Just laugh ok don't kutuk2 .....hehehehehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...