Followers

Sunday, October 23, 2011

el Mexicano Roti Pita Kebab... ;)

Haha...tk tahan punya tajuk... sesuke ati je kan.. Pagi ni aku teringin nk mkn Roti Pita Kebab.. Semalam pun aku dah practice berjalan di sopping market.. Oklah so far, berjalan lama tapi kena cari tmpt duduk.. sbb terasa kakiku start rs lengguh2.. Risau gak takut jatuh tersepuk kt tgh ramai2 org tu.. Tp nasib baik tongkatku(Mr Seben) sedia memimpin.. Disebabkan skrg musim diet..aku pun cariklah barang2 masakan yang low calories.. yang pertama skali minyak zaitun.. dapatlah beli Extra Virgin Olive Oil..harga pun bleh tahan reasonable around Rm 25++ jek..

 Extra Virgin Olive Oil

23102011170

el Mexicano Roti Pita Kebab

23102011169

Senang je buat roti kebab ni... Bahan2 pun sesuka ati je aku masukkan.. tp hasilnyer marvellous dan tk menghampakan terutama sekali Mr Seben..ahaks.. So selamat mencuba....

Bahan-bahan :)

Roti pita wholemeal (2 keping dipotong dua)
Sosej koktel Ayamas - 10 biji
Lada bengala - separuh biji
bawang besar
Sos tomato
Sos tiram
Extra Virgin Olive Oil

Cara membuatnya :)

1. Panggangkan sekejap roti pita dan potong 2 sekeping pita tersebut.
2. Rebus sosej koktel sehingga masak. Sosej yang telah dimasak, hiris halus2 atau pun dadu mengikut citarasa sendiri. Lada benggala dan bawang besar juga dipotong haluss dadu. Campur dan gaulkan sosej, bawang dan lada bengala di dalam satu bekas.
3. Panaskan kuali, dan tunagkan sedikit Extra virgin Olive Oil ke dalan kuali. Goreng bawang sebentar dan masukkan sosej serta lada bengala. Masukkan sedikit sos tiram dan sos tomato mengikut citarasa sendiri.
Jika mahu pedas, boleh masukkan lada hitam utk lebih sedap. yummy..


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...