Followers

Sunday, October 16, 2011

Menu Hari Ini : Ikan Haruan Vs Ikan Siakap

Dasat title hari ni ek...nk dibuka cerita semlm abgku telah membawa 3 ekor ikan haruan yg ditangkap oleh kawannya di tali air(berdekatan sawah)...saiznya pun boleh tahan besar..hidup2 lak tu..mengeletik dlm plastik.. Mula2 aku rasa kembang gak tekak bila mak start menyiang ikan tu...Hanyirnya bukan main lagi.. Mak kata ikan ni elok utk aku yg baru lepas operation..aku pun iyokan jelah.. Tu yang jdik tajuk ikan haruan tu manakala ikan siakap tu 'tangkap' kt pasar ler..haha...sape la plak nk g ke lautnye.. Lauk hari ni chef utamanya ialah mak aku...aku tolong sket2 jek..mentang2lah sakit kan..cuma ikan siakap masak 3 rasa tu je mak aku mtk tlg tgk brp nak masuk bahan2nya..Mak aku ni jenis yang tk reti sgt masakan2 ala2 kedai ni...tp dia mmg tersangatlah terror masak asam pedas...orang Melaka la katakan...sayanggggg mak...byk bersusah masa aku sakit ni..terima kasih mak...

Ikan Haruan (sebelum)
 p/s tangan yg gebu pegang pisau tu tgn mak aku ;)

15102011161 15102011162

Ikan Haruan (selepas) : Ikan Haruan Masak Halia

16102011164

Ikan Siakap Masak 3 Rasa (Pic selepas je la ye:) )

16102011165

P/s : Nak resepi??..akan di'update' kemudian...skrg ni kite 'sapedek' dlu... ;)

Saturday, October 15, 2011

Selamat Pagi Semua!!!

Selamat pagi semua!!! semangat nampak... Alhamdulillah dah hampir 3 mggu slps operation dan recovery pun nmpknye smakin elok...cuma kaki kanan sedikit kebas...berjalan pun masih lagi gear satu..hehe.. MC pun tggl seminggu lagi...mtk2 selepas appoinment doctor next week aku boleh pergi bekerja seperti biasa... Bosan rasanya hanya melepak di rumah... tetapi jadual fisioterapy tetap berjalan spt biasa... Harini Mr Seben ajak breakfast di luar.. Opss skrg berada di umah ibubapaku di Melaka..so meriahlah sedikit sbb ada anak-anak sedara.. Rehatkan badan sambil merehatkan fikiran menghirup udara kampung yang segar di pagi hari...i really likeee.. tdelah dok di umahku...keluar2 je hirup gas eksos kereta yang lalu lalang...hehe mane leh compare kampung n bandar kann??... semalam pun jiran kmpg ni dan sedara mara ada datang melawat aku...aku ni tak boleh...cpt je nk terasa sedih...terasa kerdilnya diri ini seolah2 mtk diri ini dikasihani...tapi kutahu niat diorang baik..yelah sejak2 sakit ni emosi sedih terlebih2...Doa dan istighfar jelah jadi peneman jika hasutan syaitan muncul di fikiran...

Thursday, October 13, 2011

Menangislah....Tp Biar Bersebab


Assalamu'alaikum...

Kata Ibnu Qayyim - 10 Jenis Tangisan:
· Menangis kerana terlalu sedih.
· Menangis kerana terasa hina dan lemah
· Menangis untuk mendapat belas kasihan orang
· Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis
· Menangis orang munafik - pura-pura menangis
· Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati
· Menangis kerana rasa takut
· Menangis kerana cinta
· Menangis kerana gembira
· Menangis kerana menghadapi penderitaan.

"..Dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis." (AnNajm : 43)
Jadi, Allah lah yang menciptakan ketawa dan tangisan, serta menciptakan sebab tercetusnya. Banyak air mata telah mengalir di dunia ini. Sumbernya dari mata mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil, namun ia tidak pernah kering, ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Sepertilah sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti? Jika air mata itu ditampung banjirlah dunia ini.
Menangis tercela atau terpuji??? Ada tangisan yang sangat dicela umpamanya meratapi mayat dengan meraung dan memukul-mukul dada atau merobek-robek pakaian. Ada pula tangisan sangat-sangat dipuji dan dituntut iaitu tangisan kerana menginsafi dosa-dosa yang silam atau tangis kerana takut akan azab dan siksa Allah.
Tangisan dapat memadamkan api neraka. Rasulullah saw bersabda: Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan dikotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan dirahmati. Tidaklah ada sesuatupun yang tidak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka."
Air mata taubat Nabi Adam a.s Beliau menangis selama 300 tahun tanpa mendongak ke langit kerana tersangat takut dan hibanya terhadap dosa yang telah ia lakukan. Dia bersujud di atas gunung dan air matanya mengalir. Dari air matanya itulah Allah telah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum akan air mata Adam lalu berkata, "Manis sungguh air ini." Nabi Adam terdengar lalu menyangka burung itu mempersendakannya, lalu ia memperhebatkan tangisannya. Lalu Allah mendengar dan menerima taubat Adam dan mewahyukan, "Hai Adam sesungguhnya belum saya pernah menciptakan air lebih lazat daripada air mata taubat mu!."

Air mata yang tiada di tuntut:
· Janganlah menangis kalau tidak tercapai cita-cita. Bukankah Tuhan yang telah menentukannya.
· Janganlah menangis kerana cinta tidak berbalas, mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan.
· Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan mungkin kita kurang membuat persediaan.
· Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita kurang bersedekah buat amalan.

Dari itu...?
Simpanlah air mata-air mata tangisan itu semua buat bekalan untuk menginsafi di atas segala kecuaian yang telah melanda diri, segala dosa-dosa yang berupa bintik2 hitam yang telah mengkelamkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah S.W.T.
Serulah air mata itu dari persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia menitis membasahi dan mencuci hati agar ia putih kembali dan juga semoga ia dapat melebur dosa2 dan moga-moga akan mendapat ampunanNya jua.
Petikan : JanganBersedih.com

Wednesday, October 12, 2011

~ Sad Mode ~

Perpisahan -Anuar Zain

Ku mengerti perpisahan ini
Bukan kerana kau membenci
Tapi kasih yang pernah kuberi
Tiada lagi bersama

Seringkala aku terlihatkan mu
Impian nan indah
Bersulam bahagia

Ku harungi hari demi hari
Bersama wajah tak mungkin akan kembali
Tapi hati masih tak terima
Ditinggalkan sengsara

Keraguan ini bukanlah padamu
Perasaan hati masih rindu
Kekalutan ini hanyalah untukku
Tercari-cari bayanganmu
Tak sanggup aku kehilangan
Kehilanganmu

Kasih tercari-cari
Keraguan ini bukanlah padamu
Masih tercari-cari bayanganmu
Tak sanggup aku kehilanganmu

Monday, October 10, 2011

Perkara yang memalukan!!!

Ya Allah dugaan demi dugaan apekah yg kau berikan kepadaku ini....
Mohon berikan aku kecekalan,kesabaran dan ketabahan dalam menghadapi ujian hidup ini...

Tuesday, October 4, 2011

Surgery + Warded

Alhamdulillah selamat menjalani pembedahan slip disc pada selasa lepas(27/9/11)..hampir 4 jam aku 'koma'...sedar2 je rs sakit yang amat sgt...mungkin akibat ubat bius yang hilang kesannya...Tuhan jelah yg tahu betapa sakitnye...MasyaAllah...separuh nyawa menahan rs sakit...baring terlentang nk berpaling ke kiri sakit ke kanan sakit..bangun jgn ckplah...tu pun Doc paksa aku duduk jugak...mengalir airmata menahan kesakitan yg amat sgt...aku tgk mak aku pun sama menangis...alahai hati bersabarlah menerima dugaan Tuhan ni...sudah agak lama aku tgl di ward ini..Hampir sebulan rasanya...kiri kanan tgn dah penuh dgn jarum..berapa kali cucuk ubat tahan sakit and antibiotik...Aku dh naik hafal rutin nurse2 kt sini...pkl 2pm/8pm/12am/5am bagi injection tahan sakit dan antibiotik sekali amik tekanan darah dan suhu...kadang2 aku tekan juga butang pgl nurse bgtau tak tahan sakit..yelah bukan saje tp mmg sgt2 sakit...sehari selepas operation, doc mtk amik xray bg melihat kedudukan besi titanium yg dipasang pada tulang belakang aku...ngeri rsnya bila melihat...dah rs mcm iron lady pun ada...haha..(smpt ko melawak ye)..diikuti plak dengan rehab dan latihan fisiologi...kesian aku dengan fisioterapi terpaksa mengangkat aku yg boleh tahan beratnya ni...nak mengesot punggung pun rs berat sgt2...Astagfirullah...hari ni hari ke8 dan alhamdulillah byk perbezaannya...boleh bangun dan berjalan w'pun langkah kecil ..badan rs tegak mcm robot..tp tk boleh berjalan lama...sekejap je..rs kebas kaki pun makin sedikit wpun ada lagi sedikit...dalam boring2 aku kt wad smpt lg ambil gambar guna hanset...sbg kenangan kot...hehe..kenangan yang memeritkan pada aku.. 28092011156_1 20092011149 28092011155

Monday, September 26, 2011

I'm back!!!...sudah bersarang rupanya blogku ini...hampir 2 thn aku tglkan akhirnya kembali juga...hehe...abis langsir2(background) ilang ntah kemana...now i wanna be a serious blogger...ceewah...iyeke??..atau azam tgl angan2 shj...kemana aku slma 2 thn ini??...aku sudah pun berpindah kembali ke KL..menjawat kembali jawatan yang mengerikan membuatkan aku kesuntukan masa utk memblog...tp hampir 2 mggu ini aku ketandusan dan kesepian di balik dinding-dinding wad hospital ni...yep... akhirnya blog ini terdetik juga di hati untuk aku menjengahnya..InsyaAllah esok aku akan menjalani pembedahan tulang belakang slip disc...'ape kebendanya tu???' haha...ekau google la sendiri jang..jika umur panjang aku akan smbg kembali memblog and kalo tak...Inna lillah Wainnalillah hir ra jiun...bukan berpikiran negatif tetapi mengingati mati itu menjadikan kita lebih dekat kepada Pencipta...InsyaAllah mohon doa kepada sesiapa yang sudi membaca blog ini agar pembedahan berjalan lancar dan aku kembali sehat spt biasa yek...;) Mungkin slps ini blog ini tidak akan seperti dahulu...lebih terjaga dan isinya juga bkn setakat masakan...wait n see...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...