Followers

Sunday, March 31, 2013

Ikan kukus limau di hari minggu

Assalamualaikum....ape xtvt arini yer..ooo xtvt mkn2 ler...smlm dok pi pasar membeli ikan, ayam dan sayur....ape kes rajin nk masak ni ek...huhu...sebabnye dah beli microwave baru...slow talk ngan seben, dpt gk gue merasa microwave baru...yelah senang nk panaskan lauk pastu defrostkan ayam/ikan dgn segera...memandangkan aku ni keje blk lmbt so bleh la cptkan masa nk defrost ayam ke ikan ke dgn cpt utk masak...tk payah nk rendam2 lg.kt pasar smlm nmpk la ikan kerapu yg segar..apelagik plan nk merasmikan mikrowave dgn masak ikan stim limau...so dibwh ni menunya aku amik kt myresepi...sila la follow...mmg sedap dan sehat...pic dibawah seblm dan selepas dikukus menggunakan mikrowave...agak kering sedikit jika nk dibandingkan kukus guna pengukus asli...tp rasa tetap sedap :-).

Untitled

Untitled

Bahan-bahan :

 1 ekor ikan siakap (ikan merah/kerapu atau ikan bawal putih pun ok
(1/2 camca teh garam
1/2 camca teh tepung jagung
1/2 camca teh lada sulah
3 camca besar jus limau kasturi*
1 1/2 camca besar minyak masak*
1 1/2 camca teh gula
*1/2 camca teh garam*
5 - 10 biji cili padi, dihiris*
1 batang serai, dihiris halus
1 helai daun limau purut, dihiris halus*
1/2 inci halia muda. dihiris halus*
2 ulas bawang putih, dihiris halus*
1/2 camca teh tepung jagung*


Cara-cara :

Ikan dicuci bersih dan lumurkan dgn garam, tepung jagung dan serbuk lada sulah. Ketepikan sementara membuat sosnya.Dalam satu bekas satukan kesemua bahan sos (yang bertanda '*") hingga sebati. Ketepikan.Panaskan kukusan dan sediakan bekas tahan panas(macam aku just guna microwave and tekan steam fish dan biar dlm 10 min). Letak ikan tadi ke dalam bekas tahan panas dan tuangkan sosnya rata termasuk bahagian dalam belahan perutnya. Kukus kurang lebih 10 minit bergantung pada saiz ikan atau apa bila daging ikan bertukar menjadi putih. Siap untuk dihidangkan dgn nasi hangat.Selok-eloknya dimakan segera selepas proses mengukus.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...