So this is my story.. Hari pertama kami smpi terus call tukang sewa kereta(haha sesuke ati aku je pgl kan).. So sewa la kereta proton saga baru RM110 tk silap aku untuk 2 hari.. Nasib baik ada incik WAZE so boleh la guide kan dan taklah makan langsat teruk sgt.. So destinasi pertama kami ialah ke hotel la.. tp disebabkan kami nih pergi dalam masa yang pendek so kene lah budget masa supaya dapat cover semua tmpt.. Otw ke hotel tu kami singgah ke Taman Negara Kinabalu..
Tempat yang kami bergambar ni adalah tempat checkpoint untuk
pendaki-pendaki masuk untuk mulakan
pendakian.. Tapi yang syok kami mendaki menaiki kereta.. kenapa cmtu ..haha
uols kena la pergi utk merasai yer.. Tgklah pendaki2 neh.. member baju merah
releks je.. aku pulak yang kesejukan melampau.. terpaksalah aku mengambil
secara paksa rela jaket En Hubby.. haha jahatnyeeeee..
Ok ni antara senarai nama peserta yang berjaya mendaki
Puncak Gunung Kinabalu.. salute la derang neh.. aku yang panjat Bukit Broga pun
rasa nak tercabut jantung, inikan lagiklah gunung.. new…new..hahaha.. En Hubby
dok pegang je pokok tu.. tu jalan nak ke waterfall yer tuan puan.. kalau ada
masa panjatlah.. kami tak..cukup ambil gmbr sebagai kenangan kerana tidak
termampu rasanya..
Lepas tu kami teruskan perjalan ke hotel plak.. Kat atas ni
view drp bilik kami.. Best sgt sbb buka2 pintu bilik terus nampak Gunung
Kinabalu.. Tapi kebetulan masa kami pergi tu awan tebal menutup puncak gunung
so tak dpt nak snap lebih2..
Kami rehat la sekejap kt hotel selepas tu destinasi
seterusnya ke Desa Cattle yang glamour tu.. Jom tengok lembuuuu.. mowwwwww!!!
Memang sangat cantik view kt sini.. SubhanAllah macam kt New
Zealand tapi lembu masih tk kelihatan masa tu.. baru masuk kandang kot ahaha..
Ramai sungguh umat kt sini.. kitorang masuk dalam pukol 5ptg so dah dekat nk
tutup dah tmpt tu.. nasib baik sempat.. Poyo ke tgk minah baju merah tu..
biorkan jelah asalkan hepi ;)..
Mentari memancar disebalik awan tebal… view super awesome
!!!… I sukeee sgtttt
Yeay..otw nak bali ke hotel tu barulah nmpk lembu-lembu
susuan eh susu..banyak jugak.. tp ckp betollah susu derang ni sangat sedap..
Beli dan rasailah sendiri.. rasa lemak2 berkrim dia lain macam tak sama mcm
susu yang di pack biasa.. minum fresh2 sedap wooo… MOWWWWWW!!!...
Permandangan superb hebat.. suka sangat masa ni baru nampak
Puncak Gunung Kinabalu..
Ok...chapter hari kedua negeri di bawah bayu akan menyusul...tungguuuuuu!!!