Followers

Showing posts with label Roti. Show all posts
Showing posts with label Roti. Show all posts

Saturday, October 29, 2011

Home Made Coney Hotdog

Haluu..haluuu...arini jgn lupa yer perlawanan bola sepak mlm ni antara Terengganu dan N. sembilan...cewahh sempat lgik iklan..ahakss..saje je nk masukkan entry yg terlmabat ini.. Mlm semalam punyalah hujan lebat... nak keluar pun tk dapat ...Kesian kr Mr Seben so buatkan dia Coney Hotdog buatan sendiri... Takde cilok resepi mana2... Rekaan semata2 tp rasanya lagi marvellous kot... haha pujilah diri ko melambung cik kemi... Entah kenapa sejak diet and makan Herbalife ni aku suka plak memasak.. Tp lebih masak untuk suamilah.. Bila dia makan dan kenyang rasa sgt2 puashati dan actually rs 'kenyang' sendiri tnpa jamah makanan tu... Berbanding dulu..Pantang masak aku mesti makan..Kadang2 sampai bertambah...Erm..Insap la tuu...hehe.. Tp kelebihan masak sendiri adalah kita boleh budget byk mana kalori yg kita masukkan dalam makanan tu.. Jadi utk diri aku kena kurangkan benda2 yang berminyak, berlemak dan berkarbohidrat dan lebihkan sayuran dan protein daging putih spt ayam dan ikan... Cuma resepi kali ini mmg specially buat utk suami...Sbb aku dah plan mlm makan Herbalife memandangkan tghari dah makan nasi, ikan dan sayur-sayuran...so cekidaud..

28102011184

Bahan-bahan Inti/Sos :)

Bawang Holland - setenggah biji
Bawang Putih -2 ulas
Cili padi-3 biji
Sos tomato

Bahan-bahan utama :)
Roti hotdog
Hotdog ayam -direbus

Cara-cara membuatnya:
1. Bahan-bahan inti didadu. Panaskan sedikit myk di kuali dan goreng bahan2 tersebut. Masukkan sos tomato dan sedikit air. Panaskan sehingga kuah menjadi pekat dan likat.
2. Belah roti hotdod di tengah dan sapukan sedikit mentega dan mayonis. Masukkan hotdog yang telah direbus. Tuangkan sos tadi di atas hotdog tadi. Rujuk gambar di atas yek.

Selamat Mencuba...

Pesanan Penaja: Mtk2 malam ni Terengganu menang 3-0 dgn N.9...hehe..jgn marah.. ;)



Sunday, October 23, 2011

el Mexicano Roti Pita Kebab... ;)

Haha...tk tahan punya tajuk... sesuke ati je kan.. Pagi ni aku teringin nk mkn Roti Pita Kebab.. Semalam pun aku dah practice berjalan di sopping market.. Oklah so far, berjalan lama tapi kena cari tmpt duduk.. sbb terasa kakiku start rs lengguh2.. Risau gak takut jatuh tersepuk kt tgh ramai2 org tu.. Tp nasib baik tongkatku(Mr Seben) sedia memimpin.. Disebabkan skrg musim diet..aku pun cariklah barang2 masakan yang low calories.. yang pertama skali minyak zaitun.. dapatlah beli Extra Virgin Olive Oil..harga pun bleh tahan reasonable around Rm 25++ jek..

 Extra Virgin Olive Oil

23102011170

el Mexicano Roti Pita Kebab

23102011169

Senang je buat roti kebab ni... Bahan2 pun sesuka ati je aku masukkan.. tp hasilnyer marvellous dan tk menghampakan terutama sekali Mr Seben..ahaks.. So selamat mencuba....

Bahan-bahan :)

Roti pita wholemeal (2 keping dipotong dua)
Sosej koktel Ayamas - 10 biji
Lada bengala - separuh biji
bawang besar
Sos tomato
Sos tiram
Extra Virgin Olive Oil

Cara membuatnya :)

1. Panggangkan sekejap roti pita dan potong 2 sekeping pita tersebut.
2. Rebus sosej koktel sehingga masak. Sosej yang telah dimasak, hiris halus2 atau pun dadu mengikut citarasa sendiri. Lada benggala dan bawang besar juga dipotong haluss dadu. Campur dan gaulkan sosej, bawang dan lada bengala di dalam satu bekas.
3. Panaskan kuali, dan tunagkan sedikit Extra virgin Olive Oil ke dalan kuali. Goreng bawang sebentar dan masukkan sosej serta lada bengala. Masukkan sedikit sos tiram dan sos tomato mengikut citarasa sendiri.
Jika mahu pedas, boleh masukkan lada hitam utk lebih sedap. yummy..


Sunday, February 1, 2009

Roti Kacang Merah

Semalam aku dah beli bahan-bahan untuk buat roti... Teringin la plak nk buat roti for the first time ni..hehe.. Dah lama mengidam bile tgk kt mamafami blog.. Cuma tak direalisasikan... Akhirnya pagi ni aku berhempas pulas menguli doh roti..Adventures betui bg amateur mcm aku nihh...Newey result mmg tak menghampakan...Sedappp...Newey thanks a lot to Mamifami...

allbun


Bahan-bahannya utk membuat doh roti:

400 g tepung roti (high-protein flour)
6 g garam
4 g bread improver
5 g bread softerner
80 g gula halus
11 g instant yeast
1 biji telur gred A
190 ml air
30 g mentega
30 g lemak sayur

Cara-caranya :
  1. Satukan semua bahan diatas kecuali mentega dan lemak sayur, kedalam mangkuk adunan, uli hingga menjadi doh, tambah lemak sayur dan mentega, terus menguli hingga mendapat doh yang lembut, licin dan anjal. Rehatkan 10 minit, tutup dengan kitchen towel.
  2. Bahagi2kan doh tadi (40 g setiap bahagian). Isikan inti kacang merah dan bulat-bulatkan(Sapukan sedikit tepung di tangan bagi mengelakkan doh melekat-lekat).
  3. Bila siap alih kan ke dalam dulang yang telah disapu dengan sedikit mentega. Tutup dengan kitchen towel dan biar naik sekali ganda (kurang lebih 45 minit).
  4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200C selama 10 - 12 minit, atau bergantung pada oven masing2.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...