Followers

Showing posts with label Ikan. Show all posts
Showing posts with label Ikan. Show all posts

Sunday, March 31, 2013

Ikan kukus limau di hari minggu

Assalamualaikum....ape xtvt arini yer..ooo xtvt mkn2 ler...smlm dok pi pasar membeli ikan, ayam dan sayur....ape kes rajin nk masak ni ek...huhu...sebabnye dah beli microwave baru...slow talk ngan seben, dpt gk gue merasa microwave baru...yelah senang nk panaskan lauk pastu defrostkan ayam/ikan dgn segera...memandangkan aku ni keje blk lmbt so bleh la cptkan masa nk defrost ayam ke ikan ke dgn cpt utk masak...tk payah nk rendam2 lg.kt pasar smlm nmpk la ikan kerapu yg segar..apelagik plan nk merasmikan mikrowave dgn masak ikan stim limau...so dibwh ni menunya aku amik kt myresepi...sila la follow...mmg sedap dan sehat...pic dibawah seblm dan selepas dikukus menggunakan mikrowave...agak kering sedikit jika nk dibandingkan kukus guna pengukus asli...tp rasa tetap sedap :-).

Untitled

Untitled

Bahan-bahan :

 1 ekor ikan siakap (ikan merah/kerapu atau ikan bawal putih pun ok
(1/2 camca teh garam
1/2 camca teh tepung jagung
1/2 camca teh lada sulah
3 camca besar jus limau kasturi*
1 1/2 camca besar minyak masak*
1 1/2 camca teh gula
*1/2 camca teh garam*
5 - 10 biji cili padi, dihiris*
1 batang serai, dihiris halus
1 helai daun limau purut, dihiris halus*
1/2 inci halia muda. dihiris halus*
2 ulas bawang putih, dihiris halus*
1/2 camca teh tepung jagung*


Cara-cara :

Ikan dicuci bersih dan lumurkan dgn garam, tepung jagung dan serbuk lada sulah. Ketepikan sementara membuat sosnya.Dalam satu bekas satukan kesemua bahan sos (yang bertanda '*") hingga sebati. Ketepikan.Panaskan kukusan dan sediakan bekas tahan panas(macam aku just guna microwave and tekan steam fish dan biar dlm 10 min). Letak ikan tadi ke dalam bekas tahan panas dan tuangkan sosnya rata termasuk bahagian dalam belahan perutnya. Kukus kurang lebih 10 minit bergantung pada saiz ikan atau apa bila daging ikan bertukar menjadi putih. Siap untuk dihidangkan dgn nasi hangat.Selok-eloknya dimakan segera selepas proses mengukus.

Sunday, January 8, 2012

Menu Hujung Minggu

Arini mood rajin sket...huhu...smlm lps ronda2 cari kabinet tv..aku sggh kt kedai runcit beli sekor ikan siakap n pak choy... so arini masaklah ikan siakap sweet sour dan pakchoy goreng...simple2 ja tp terkial2 gak aku memusingkan siakap dlm myk panas..leh tahan gk berat..

20120108_144754
Ikan siakap masak sweet sour...

20120108_144806
Pak choy goreng

Bahan2 utk ikan siakap sweet sour:

Ikan siakap
Lobak merah
Tomato sebiji
Bawang merah -2 biji
Bawang putih-3 ulas
Halia -2cm
Sos tiram
Sos tomato
Sos cili
Cili - 5 biji atau lebih ikut suka

Cara membuatnya:

Goreng ikan sehingga sedikit garing. Pastikan minyak panas betul sebelum masukkan ikan. Untuk sos, goreng bawang putih, bwang merah, halia dan cili. Masukkan sos tiram, cili dan sos tomato(ikut suka, jika mau pekat letak byk ). Selepas masak boleh tuangkan sos di atas ikan yang telah digoreng tadi. Sebenarnya aku masak ni ikut campak2 je. Ikut resepi dalam kpala ..:-)

Untuk Pak choy takyah bagi resepi la...senang sgt nk masak pun..aku guna isi ayam, pak choy dan sos tiram...of coz la kene ada bawang etc...kalo tak nanti tk sodap plok kan..

Inilah kabinet tv baru...huhu...interprem skjp..murah ja...yang penting muat sume barang2 mcm dvd player, astro player, unifi dan implifier mr seben..kabinet tv yang lama tu plannya nk bwk ke rumah dungun memandangkan penyewa lama dh kuar...manelah tau nanti2 umah sana jdi homestay plak...plannya dah ada nk execute je blom tau...sape2 nk g Dungun/Terengganu, tde tmpt nk stay bleh la ctc aku nanti kan.:-)

20120108_200702

Sunday, October 16, 2011

Menu Hari Ini : Ikan Haruan Vs Ikan Siakap

Dasat title hari ni ek...nk dibuka cerita semlm abgku telah membawa 3 ekor ikan haruan yg ditangkap oleh kawannya di tali air(berdekatan sawah)...saiznya pun boleh tahan besar..hidup2 lak tu..mengeletik dlm plastik.. Mula2 aku rasa kembang gak tekak bila mak start menyiang ikan tu...Hanyirnya bukan main lagi.. Mak kata ikan ni elok utk aku yg baru lepas operation..aku pun iyokan jelah.. Tu yang jdik tajuk ikan haruan tu manakala ikan siakap tu 'tangkap' kt pasar ler..haha...sape la plak nk g ke lautnye.. Lauk hari ni chef utamanya ialah mak aku...aku tolong sket2 jek..mentang2lah sakit kan..cuma ikan siakap masak 3 rasa tu je mak aku mtk tlg tgk brp nak masuk bahan2nya..Mak aku ni jenis yang tk reti sgt masakan2 ala2 kedai ni...tp dia mmg tersangatlah terror masak asam pedas...orang Melaka la katakan...sayanggggg mak...byk bersusah masa aku sakit ni..terima kasih mak...

Ikan Haruan (sebelum)
 p/s tangan yg gebu pegang pisau tu tgn mak aku ;)

15102011161 15102011162

Ikan Haruan (selepas) : Ikan Haruan Masak Halia

16102011164

Ikan Siakap Masak 3 Rasa (Pic selepas je la ye:) )

16102011165

P/s : Nak resepi??..akan di'update' kemudian...skrg ni kite 'sapedek' dlu... ;)

Monday, October 27, 2008

Ikan Bakar la plakk....

Masa bekerja td terpikir la nk masak ape ptg ni... aku ni pengemar setia ikan bakar lagi2 dah kat Terengganu ni kan. Ikan-ikan fresh mmg byk kat sini. Teringat la plak smlm aku ader beli ikan 'barak'(bukan Barak Obama yek). Ikan ni first time aku dgr mmg pelik(masa stay di Terengganu ni lah), lg pelik bila tgk sendiri. Rupanyer mmg agak hodoh tp sedapppppp beb...hehe. Inilah hasil ikan yg telah aku bakar dgn perencah spesel. My hubby bagi thumps up u sampai menambah nasik 2 pinggan tuhh. *(Gambar kurang clear sbb guna kamera hanset, kamera bagi pinjam adik ipar...huhu).

Bahan-bahan:-D

  • Seekor ikan 'barak' (*kelar menjadi 2)

  • 2 batang serai

  • minyak masak

  • 4 sudu besar cili kisar

  • 2 cm halia - parut/tumbuk

  • 2 cm kunyit hidup - tumbuk

  • 2 cm lengkuas - tumbuk

  • limau

  • 8 ulas bawang merah - kisar

  • 3 ulas bawang putih - kisar

Cara Memasak:-D

Panaskan minyak dalam kuali dengan api sederhana. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga wangi. Masukkan cili kisar, serai, kunyit, halia dan lengkuas. Masak cili hingga naik minyak. Alaskan aluminium foil dan daun pisang(bertimpa), letakan ikan diatasnya. Tuang perencah yg telah dimasak ke atas ikan dan tutup ikan dengan kemas. Panaskan ketuhar dan bakar pada suhu 200C, selama 20 minit. Hidangkan panas bersama nasi hangat. Tambahkan perahan limau kasturi sebagai penambah selera.......perghhh sodap hinggo menjilat jari. Hehe.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...